KELAS NADI MAHIR JAHIT (MINGGU 13) DRAF POLA KAIN DUYUNG & GUNTING FABRIK

6 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 06 April 2026, telah berlangsung Kelas Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus Mahir Jahit pada minggu ini adalah kelas mendraf pola kain duyung dan menggunting fabrik. Dalam kelas tersebut, tenaga pengajar menerangkan bahan, alatan yang diperlukan serta cara-cara untuk mendraf pola kain duyung.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali